Tekad SMK Bukit Jelutong

Pasukan SMK Bukit Jelutong akan berdepan SMK TTDI Jaya dalam aksi separuh akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18.
Pasukan SMK Bukit Jelutong akan berdepan SMK TTDI Jaya dalam aksi separuh akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18.
A
A
A

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong tampil dengan misi memburu slot final Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 tahun (B-18) apabila berdepan SMK TTDI Jaya dalam aksi separuh akhir pada Jumaat.

Itu tekad skuad kendalian Muhammad Izzuddin Mohamad Razi yang mana pencapaian terbaik pasukan berkenaan adalah pada Pusingan 16 edisi 2023.

Malah jelasnya, mood pemain-pemain SMK Bukit Jelutong juga berada pada tahap terbaik untuk berdepan pesaing yang juga jiran tetangga mereka.

"Alhamdulillah, kita selangkah lagi untuk ke pentas perlawanan akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 2024.

"Mental dan fizikal pemain-pemain juga berada pada tahap terbaik untuk mencipta sesuatu yang membanggakan nama warga SMK Bukit Jelutong.

"Kita juga akan cuba menghabiskan permainan dalam tempoh masa sebenar perlawanan," katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

No Image Caption

Sebagai rekod, kedua-dua pasukan di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana mara ke separuh akhir selepas menewaskan lawan masing-masing.

Artikel Berkaitan:

SMK Bukit Jelutong mengesahkan kemaraan selepas menyingkirkan cabaran SMK Taman Jasmin 2, menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Sementara itu, SMK TTDI Jaya pula mara selepas menjinakkan cabaran SMK Pengkalan Permatang (PPD Kuala Selangor), 1-0.

Sebagai rekod, kejuaraan pembangunan bakat bola sepak yang dibarakan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) sebagai penaja utama melibatkan penyertaan sebanyak 32 pasukan.

Juara kejuaraan edisi ke-10 akan membawa pulang RM10,000, naib juara RM8000, tempat ketiga RM6,000 dan keempat RM4,000.

Perlawanan akhir dijadual berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 27 Ogos ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!