Pukul, kejar bapa dengan pisau kerana berang ditegur sering lepak

Pihak polis ketika melawat kawasan kejadian.- Agensi
Pihak polis ketika melawat kawasan kejadian.- Agensi
A
A
A

SULAWESI - Gara-gara ditegur oleh ayahnya, seorang anak lelaki berusia 16 tahun dari Mamuju di sini, sanggup memukul dan mengejar mangsa dengan sebilah pisau.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kelurahan Rimuku, Kecamatan Mamuju pada 19 Ogos lalu.

"Insiden itu berlaku sekitar jam 2 petang (waktu tempatan), anak itu memukul ayah kandungnya dengan tangan serta mengejarnya dengan senjata tajam," kata polis Mamuju, Ipda Herman Basir pada Rabu.

Ujarnya, susulan insiden itu ayahnya yang dikenali sebagai S, terpaksa melaporkan perbuatan anaknya itu kepada pihak polis.

"Ayahnya menelefon polis yang kemudiannya pihak kami datang ke rumah untuk mengamankan keadaan," katanya.

Tambahnya, selain memukul ayahnya, pelaku juga merosakan perabot dan peralatan di dalam rumah.

Ujarnya lagi, malam sebelum kejadian ayah pelaku menegurnya kerana dia sering lepak dan tidur di rumah jiran.

Pelaku kini ditahan dan masih menunggu laporan rasmi daripada ayahnya kepada polis. -Agensi

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Pukul, kejar bapa dengan pisau kerana berang ditegur sering lepak #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Global #Indonesia #Jenayah #Keluarga #Senjata #Pisau #Tegur #Lepak

News - ComaStudio

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!