Plot twist budak terperangkap dalam lif bikin kecoh satu Malaysia

Tular video memaparkan perbuatan dua kanak-kanak sedang melakukan vandalisme dalam sebuah lif dekat Taman Desa Petaling, Cheras, pada Isnin
Tular video memaparkan perbuatan dua kanak-kanak sedang melakukan vandalisme dalam sebuah lif dekat Taman Desa Petaling, Cheras, pada Isnin
A
A
A

MULA-mula Merak Jalanan rasa kasihan dengan nasib menimpa dua kanak-kanak lelaki yang terperangkap lebih 11 jam di dalam lif di sebuah pangsapuri di Desa Petaling pada Selasa lalu.

Bayangkan, kerana terlalu lama dan bantuan pun tak kunjung tiba, menyebabkan mereka tertidur di dalam lif, menahan lapar dahaga, malah mungkin terpaksa menahan rasa nak 'terkucil'.

Namun, rasa kasihan Merak Jalanan bertukar jadi geram kerana rupa-rupanya mereka sendiri cari ‘penyakit’. Akibat gatal tangan letak selipar di tengah pintu lif jadi punca sistem auto kunci diaktifkan, maka terkurunglah mereka.

Salah tetap salah. Ya, budak-budak itu bersalah kerana melakukan vandalisme tetapi biasa bagi kanak-kanak umur 10 dan 11 tahun, mereka masih dalam fasa nak bermain, nakal dan teruja nak mencuba sesuatu.

Ibu bapa kenalah ambil pengajaran, beri nasihat dan teguran. Ajar anak-anak guna lif dengan betul dan tidak melakukan vandalisme serta tidak membiarkan mereka keluar sendirian. Bahaya ada di mana-mana.

Itu satu hal. Persoalan lebih penting yang bermain di fikiran Merak Jalanan ialah kenapa sepanjang tempoh lebih 11 jam itu tiada sesiapa pantau CCTV dan apa tindakan apabila lif tidak berfungsi sejak petang kejadian?

Ke mana pihak pengurusan bangunan dan pengawal keselamatan? Takkan tiada seorang penduduk pun yang tampil buat aduan lif rosak? Hairan betul.

Sepatutnya CCTV untuk membantu mempercepatkan proses beri bantuan kepada mangsa, bukan untuk display semata-mata. Mujurlah dua kanak-kanak itu selamat, bukan hilang disebabkan jenayah lain.

Artikel Berkaitan:

Pengajaran sangat berharga buat mereka supaya jadi budak lebih baik. Tak pasal-pasal terkenal seantero Malaysia!

Bagi Merak Jalanan, banyak pihak yang salah dan cuai dalam kejadian ini. Pastikan kejadian itu tidak berulang, bukannya saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!