Piala FA: BOS ramal keputusan berpihak kepada JDT

BOS bersemangat menjelang aksi final Piala FA, sabtu ini. Foto: FB Boys of Straits
BOS bersemangat menjelang aksi final Piala FA, sabtu ini. Foto: FB Boys of Straits
A
A
A

KELOMPOK penyokong Boys Of Straits (BOS) mengakui sudah tidak sabar untuk merasai kemeriahan suasana aksi final Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Menurut jurucakap BOS, Farween Johar, 36, aksi final itu secara tidak langsung memberikan gambaran mengenai suasana kemeriahan yang tertunda, sejak aksi Piala Sumbangsih antara kedua-dua pasukan pada awal musim dibatalkan susulan pengumuman skuad Red Giants itu menarik diri.

“Kita sepatutnya jumpa Selangor (9 Mei) tetapi tak jadi.

“Jadi kali ini kita nak merasai dan tamatkan vibe aksi JDT dan Selangor yang tertunda,” katanya kepada Sukan Sinar.

Tambah Farween, BOS turut meramalkan aksi final kali ini akan dapat diselesaikan dalam tempoh perlawanan sebenar iaitu 90 minit.

Biarpun tidak meramalkan keputusan yang besar memihak JDT, namun katanya skuad Harimau Selatan itu dilihat akan sekali lagi menjulang trofi berkenaan.

“Sebenarnya, kita juga menghormati Selangor FC sebagai antara pasukan yang kuat dalam saingan Liga Super.

“Lagi pun dengan kembalinya penyerang, Faisal Halim, kita pun hormat dia. Dia seorang pemain kebangsaan yang akan menambahkan lagi sengat buat Selangor FC.

Artikel Berkaitan:

“Tetapi, jika dilihat dari segi pengalaman, rasanya ia lebih berpihak kepada kami kerana sering ke peringkat ini (perlawanan akhir),” katanya.

Mengulas mengenai persiapan BOS untuk aksi final nanti Farween berkata, setakat ini persiapan mereka seperti biasa dan tidak ada apa-apa kelainan yang ditonjolkan berbanding sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, mungkin kali ini dengan 30,000 bendera JDT berwarna merah, biru akan dikibarkan pada aksi final akan menimbulkan sedikit kelainan.

“Kalau tanya kelainan, memang rasanya dah kerap sangat setiap tahun ke final, jadi semuanya sama sahaja apa yang kami buat; dari segi pergerakan, lagu-lagu kami, persembahan corteo dan sebagainya,” katanya.

@sinarharianonline

Piala FA: BOS ramal keputusan berpihak kepada JDT #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Sukan #BolaSepak #PialaFA #BOS #JDT

News - AShamaluevMusic

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!