Kepulangan sensasi Gundogan

Gundogan (kiri) melayan peminat City yang menunggunya di luar restoran Tast Catala milik Pep Guardiola. Foto: Agensi
Gundogan (kiri) melayan peminat City yang menunggunya di luar restoran Tast Catala milik Pep Guardiola. Foto: Agensi
A
A
A

ILKAY Gundogan telah tiba di kota Manchester ketika pemain tengah Jerman itu semakin hampir menyertai semula Manchester City.

Gundogan meninggalkan City tahun lalu untuk menyertai gergasi La Liga, Barcelona.

Namun, pemain berusia 33 tahun itu bersedia menyertai semula The Citizens menerusi perpindahan secara percuma.

Dia dilaporkan akan menandatangani kontrak selama setahun dengan pilihan lanjutan 12 bulan di Etihad.

Sejurus tiba di Manchester, Gundogan singgah selama 50 minit di restoran Tast Catala yang dimiliki Pep Guardiola.

Turut berada di restoran tersebut ialah Ketua Eksekutif City, Ferran Soriano.

Tahun lalu, Gundogan menyertai Barcelona dengan kontrak dua tahun dan membuat 51 penampilan serta menjaringkan lima gol.

Difahamkan, Barcelona melepaskan Gundogan bagi meringankan beban kewangan selain melancarkan perpindahan Dano Olmo dari RB Leipzig.

Artikel Berkaitan:

Barcelona terus bergelut dengan masalah kewangan dan telah gagal mendaftarkan pemain baru Dani Olmo selepas perpindahannya dari RB Leipzig.

Sebagai rekod, Gundogan adalah pemain pertama ditandatangani Guadriola pada 2016.

Gundogan membuat 304 penampilan di semua pertandingan, menjaringkan 60 gol dan memberikan 38 bantuan.

Kariernya di Etihad menyaksikan Gundogan memenangi pelbagai trofi termasuk Liga Juara-Juara, lima gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), dua Piala FA dan empat Piala Liga.

Dia adalah kapten kelab semasa kempen treble yang luar biasa pada musim 2022/23 sebelum berhijrah ke La Liga.

Gundogan dijangka menjadi pemain kedua dalam jendela perpindahan musim panas ini selepas ketibaan Savinho dari Troyes.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!