UMNO masih relevan, perlu strategi baharu

Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) hadir pada Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Rabu. Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) hadir pada Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

PARTI UMNO masih relevan dalam dunia politik Malaysia dengan memacu pembaharuan dan strategi baru yang semakin diterima ramai.

Walaupun parti tersebut berdepan pelbagai cabaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun mereka terus menunjukkan ketahanan dan kemampuan untuk beradaptasi dengan perubahan zaman.

Perhimpunan Agung UMNO 2024 (PAU 2024) sudah berlangsung sejak 21 Ogos dengan pengisian yang lebih memfokuskan kepentingan rakyat.

Parti politik itu perlu kembali menjadi dominan dalam landskap politik tanah air seperti di era kegemilangan sebagai parti Melayu terbesar negara.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, bagi mencapai hasrat itu, sayap yang diterajuinya memberi sepenuh kepercayaan kepada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk merangka strategi terbaik.

Hampir setahun UMNO tinggal dalam kejiranan Kerajaan Perpaduan merupakan pengalaman baharu baginya dan Muhamad Akmal yakin ramai yang merasai perubahan tersebut.

Selain itu, semua ahli dan jentera UMNO diingatkan agar tidak lupa diri, lalai dan berasa selesa selepas menang dengan majoriti besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu lepas.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, walaupun gembira dengan kemenangan tersebut, beliau tidak mahu ada suara-suara yang merasakan UMNO sudah cukup kuat.

Artikel Berkaitan:

Untuk terus kekal relevan, UMNO perlu dilihat lebih komited dalam memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat melalui pelbagai dasar dan inisiatif sosial.

Parti tersebut akan terus menekankan kepentingan pembangunan ekonomi, kesejahteraan sosial dan perpaduan nasional.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!