Bapa maut, dua anak lelaki parah kereta terbabas

Kenderaan yang dinaiki tiga beranak terbabas sendiri di Jalan Lahad Datu-Tawau.
Kenderaan yang dinaiki tiga beranak terbabas sendiri di Jalan Lahad Datu-Tawau.
A
A
A

LAHAD DATU - Seorang pemandu maut, manakala dua lagi anaknya parah selepas kenderaan mereka naiki terbabas sendiri di Jalan Lahad Datu-Tawau di sini pada malam Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Rey Davila, 54, maut di lokasi manakala dua anaknya Rendell, 27 dan Reymar Davila, 20, yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, lokasi kejadian terletak sejauh 38 kilometer dari BBP Lahad Datu.

"Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Proton Saga BLM yang terbabas sendiri di sebelah kiri jalan dari arah Lahad Datu menuju ke Kunak.

"Terdapat tiga beranak yang terlibat telah tersepit di dalam kenderaan tersebut dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam namun pemandu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Sementara itu, dua lagi mangsa yang parah masing-masing di bawa ke hospital dengan menggunakan jentera Perkhidmatan Perubatan Perawatan Kecemasan (EMRS) bomba dan ambulans.

"Operasi ditamatkan pada jam 11.20 malam selepas tiada bahawa lain di lokasi kejadian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!