Potong gaji tangani cukai pintu tertunggak

Aminuddin Ayiub
Aminuddin Ayiub
A
A
A

JOHOR BAHRU- Isu cukai pintu tertunggak di kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dapat diselesaikan menerusi pemotongan gaji oleh pemilik premis.

Ahli Majlis MBJB, Aminuddin Ayiub berkata, cadangan yang diutarakan itu sewajarnya dimulakan oleh MBJB supaya dapat dicontohi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di negeri tersebut.

“Apabila MBJB memulakan langkah ini, saya rasa semua PBT lain boleh menggunakan konsep ini. Kaedah seperti ini telah digunakan di Singapura dan saya kira ia boleh dipraktikkan di bawah pemerintahan kerajaan kita.

“Langkah ini akan dapat mengatasi masalah isu pembayaran cukai yang tertunggak yang sering dibangkitkan dalam mesyuarat,” katanya dalam ucapan penutupan Mesyuarat Penuh MBJB Bilangan 1 Tahun 2020, di sini.

Tambahnya, beliau akan membawa cadangan itu kepada mesyuarat pengurusan MBJB dan cadangan tersebut perlu mengambil kira pelbagai faktor lain termasuk soal perundangan dan sebagainya.

“Saya rasa perkara ini tiada masalah, cuma perlu mendapat kebenaran daripada pemilik premis untuk membuat pemotongan gaji. Saya berpendapat, ia dapat memudahkan semua pihak," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!