Pasukan paintball wanita negara berangkat ke Dreux

Pasukan paintball wanita negara bergambar di KLIA sebelum berlepas ke Dreux, Perancis.
Pasukan paintball wanita negara bergambar di KLIA sebelum berlepas ke Dreux, Perancis.
A
A
A

PASUKAN paintball Wanita Malaysia, Thunderstorm berangkat ke Dreux, Perancis hari ini bagi menyertai pertandingan Piala Dunia Persekutuan Paintball (UPBF).

Kejohanan itu berlangsung dari 28 Ogos hingga 1 September ini.

Pasukan dipimpin ketua pasukan, Nurul Salwa Kamarul Zaman itu akan berentap dengan tujuh pasukan wanita negara lain seperti Amerika Syarikat (AS), Jerman, Brazil dan tuan rumah, Perancis.

Nurul Salwa menegaskan penyertaan mereka pada Piala Dunia bukan sekadar pelengkap jadual sebaliknya mahu mencabar kejuaraan, sekali gus membuktikan pemain paintball wanita Malaysia juga mampu bersaing dengan negara kuasa besar sukan ekstrem itu.

Kejohanan Piala Dunia UPBF dibahagikan kepada lima kategori iaitu lelaki, wanita, veteran, Bawah 19 tahun (B-19) dan Bawah 16 tahun (B-16).

Turut berlangsung di Dreux ialah pertandingan NXL Eropah 2024 yang terbahagi kepada tujuh divisyen dengan lebih 50 pasukan berentap merebut juara kejohanan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!