Sulizmie Affendy ambil alih tugas Ketua Polis Daerah Dang Wangi

Sulizme Affendy (kanan) mengambil alih tugas Ketua Polis Daerah Dang Wangi baharu, pada Jumaat.
Sulizme Affendy (kanan) mengambil alih tugas Ketua Polis Daerah Dang Wangi baharu, pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman mengambil alih jawatan Ketua Polis Daerah Dang Wangi baharu, pada Jumaat.

Beliau menggantikan Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din yang ditugaskan memangku jawatan berkenaan.

Nuzulan memangku jawatan berkenaan selepas Senior Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dilantik Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Risikan/Operasi/Rekod) D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada 8 Julai lalu.

Sebelum ini, Sulizmie Affendy berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Perisikan/ Siasatan Khas Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas Bahagian Wildlife Crime Bureau/ Perisikan dan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi itu disaksikan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob.

Azry Akmar berkata, beliau berharap kepimpinan baharu itu akan mendatangkan impak yang baik untuk pasukan terutamanya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

"Terima kasih kepada Nuzulan yang telah memikul tanggungjawab sebagai Ketua

Polis Daerah dan Timbalan Ketua Polis Daerah sejak 29 Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

"Selepas ini, tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi akan dipikul oleh Sulizmie Affendy," katanya.

Azry Akmar berkata, pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki Sulizme Affendy, pastinya memudahkan untuk memikul amanah dan dengan cemerlang.

"Saya berharap beliau akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi serta menempa lebih banyak kejayaan pada masa akan datang," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!