Penganggur didakwa tipu wanita dapatkan pinjaman wang

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memperdaya seorang wanita bagi mendapatkan pinjaman wang tahun lalu.

Pengakuan terbabit dibuat tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nushahira Abdul Halim.

Mengikut pertuduhan, Desmond Lew Kok Cheng, 22, didakwa dengan curangnya mendorong Cheam Sheue Lin, 28, pada 14 November 2019 di sebuah gimnasium di Bandar Utama 8, Petaling Jaya menyerahkan RM1,500.

Tertuduh turut menunjukkan resit bayaran yang tidak sah untuk urusan pinjaman wang tersebut yang mana mangsa tidak akan serahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdaya sedemikian.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dipenjara selama empoh tidak kurang satu tahun atau tidak lebih 10 tahun dan dengan hukuman sebat dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya P Vitiya Monisha manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Nurshahira kemudiannya menetapkan jaminan ke atas Desmond RM2,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan ditetapkan pada 3 Mac ini bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Artikel Berkaitan:

Tertuduh sebelum ini pernah didakwa di mahkamah yang sama atas 26 pertuduhan lain mengikut seksyen sama dan dikenakan ikat jamin keseluruhan RM47,000.

Tertuduh yang juga anak tunggal mempunyai 10 kes penipuan direkodkan di Kuala Lumpur manakala 26 kes di Petaling Jaya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!