Kelindan maut nahas dua lori

Keadaan dua lori yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.
Keadaan dua lori yang terlibat dalam kemalangan berkenaan.
A
A
A

KLUANG - Seorang kelindan maut dalam kemalangan melibatkan dua lori di Kilometer (KM) 69, Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara), dekat sini pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, pihaknya menerima makluman berhubung kemalangan berkenaan daripada orang awam pada jam 6.20 petang.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua lori lori kargo itu dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur.

“Setibanya di lokasi, lori kargo jenis Hino mengalami kerosakan di lorong kiri dan telah mendapatkan bantuan daripada pihak PLUS dengan memasang kon di bahagian belakang lori tersebut.

“Pada masa sama, lori jenis Mitsubishi Fuso hilang kawalan ketika melalui kawasan tersebut hingga melanggar kon keselamatan sebelum merempuh bahagian belakang lori kargo jenis Hino.

Kesesakan lalulintas akibat kemalangan berkenaan.
Kesesakan lalulintas akibat kemalangan berkenaan.

Akibat kemalangan tersebut, pemandu lori jenis Mitsubishi Fuso mengalami sakit di dada, sementara kelindannya meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan yang dialami.

Pemandu lori kargo jenis Hino juga mengalami sakit di bahagian dada namun, kelindannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Siasatan lanjut berhubung kes tersebut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Akibat kemalangan tersebut, pemandu lori jenis Mitsubishi Fuso mengalami sakit di dada, sementara kelindannya meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan yang dialami.
Akibat kemalangan tersebut, pemandu lori jenis Mitsubishi Fuso mengalami sakit di dada, sementara kelindannya meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan yang dialami.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Shoromi Salih berkata, sebaik menerima makluman mengenai kemalangan tersebut, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan satu jentera fire rescue tender (FRT) dan enam anggota bomba dihantar ke lokasi.

Katanya, setibanya ke lokasi didapati pemandu lori telah dihantar ke hospital sementara kelindannya mengalami kecederaan di bahagian dada.

“Seorang lagi pemandu lori tersepit berjaya dikeluarkan oleh PKO dan kemudiannya dia diserahkan kepada pihak perubatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 7.25 malam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!