Koronavirus: SKMM rekod keterangan Zed Zaidi

Zed Zaidi hadir ke SKMM untuk memberi keterangan berhubung isu koronavirus yang dimuat naik di laman sosialnya.
Zed Zaidi hadir ke SKMM untuk memberi keterangan berhubung isu koronavirus yang dimuat naik di laman sosialnya.
A
A
A

CYBERJAYA - Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi tiba di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memberi keterangan berhubung kenyataannya berhubung isu koronavirus yang dimuat naik di akaun media sosialnya.

Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Jamil hadir kira-kira jam 3.20 petang tadi dengan ditemani peguamnya.

Difahamkan, ia adalah berkenaan status yang dimuat naik bekas pelakon drama Sembilu itu di laman Twitternya yang menyatakan bahawa situasi di negara ini juga sudah tidak selamat apabila rakyat Malaysia terpaksa memakai penutup muka bagi mengelak daripada dijangkiti influenza dan wabak koronavirus ketika ini.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!