PUTERI@BHP dilahirkan untuk bantu usahawan wanita muda

Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua, kanan) bersama Ketua Puteri Umno Malaysia, Nurul Amal Mohd Fauzi (kiri) dan Pengerusi Biro Usahawan Wanita Muda, Nor Akmal Muhammad (tengah) ketika majlis pelancaran Program Usahanita Muda Peruncitan Nasional atau PUTERI@BHP di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur pada Khamis.
Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua, kanan) bersama Ketua Puteri Umno Malaysia, Nurul Amal Mohd Fauzi (kiri) dan Pengerusi Biro Usahawan Wanita Muda, Nor Akmal Muhammad (tengah) ketika majlis pelancaran Program Usahanita Muda Peruncitan Nasional atau PUTERI@BHP di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dalam usaha untuk memperluas dan memperkasakan penglibatan golongan usahawan muda wanita, Puteri Umno Malaysia melalui Biro Usahawan Wanita Muda telah menggariskan satu pelan tindakan strategik Pembangunan Usahawan Wanita Muda Nasional dengan 5 Agenda Pemerkasaan Usahawan Wanita Muda Nasional (AKASIA).

Menurut Exco Puterinya yang juga Pengerusi Biro Usahawan Wanita Muda, Nor Akmal Muhammad, AKASIA merupakan 5 Agenda pemerkasaan Usahawan Wanita Muda Nasional yang merangkumi agenda-agenda utama iaitu, Pengukuhan Integrasi Interaktif dan Komunikasi Usahawan Wanita Muda, Pemantapan Daya Saing dan Potensi Usahawan Wanita Muda, Menjana Nilai Tambah Informasi Usahawan Wanita Muda dan Rasionalisasi Sosial Usahawan Wanita Muda serta Pemfokusan Pemasaran Digital Usahawan Wanita Muda.

Ujar beliau, bagi mencapai hala tuju dan matlamat AKASIA sebagai satu blue print kepada Pemerkasaan Usahawan Wanita Muda hari ini, Puteri Umno mengorak langkah secara agresif mengambil inisiatif mengadakan kerjasama dengan syarikat Boustead Petroleum Sdn. Bhd. Di bawah satu program utama iaitu Program Usahanita Muda Peruncitan Nasional atau PUTERI@BHP.

“PUTERI@BHP ini merupakan satu Platform Memperkasakan Usahawan Wanita Muda di Malaysia dengan membantu kelompok usahawan ini memasarkan produk-produk makanan yang bersesuaian dan berdaya saing seterusnya meningkatkan pendapatan ekonomi Usahawan Wanita Muda di Malaysia.

“Program PUTERI@BHP ini memberi fokus kepada konsep perniagaan peruncitan industri makanan yang akan melibatkan pemasaran produk- produk usahawan wanita muda yang terpilih untuk dipasarkan di kedai-kedai runcit BHPetromart di stesen-stesen minyak BHP seluruh negara.

“Produk-produk yang dipilih ini akan melalui saringan dan tapisan bagi memastikan tahap kualiti serta kebolehpasaran produk industri makanan berada di tahap yang terbaik dan mengikut garis panduan keselamatan makanan yang ditetapkan, seterusnya mempromosikan jenama Usahawan Wanita Muda secara meluas dan sistematik,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Jelas Nor Akmal lagi, PUTERI@BHP akan menjadi teras kepada nilai-nilai positif masyarakat Malaysia yang harmoni dan sejahtera dengan mempromosikan BHPetromart sebagai pusat pemasaran produk-produk hiliran industri makanan oleh usahawan kecil dan sederhana.

“Seterusnya program ini membantu usahawan wanita muda membina masa depan untuk Malaysia yang lebih gemilang,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!