Wanita dipercayai tertimbus tanah jerlus depan Masjid India

Keadaan di lokasi kejadian tanah jerlus di hadapan Masjid India, di sini, pada Jumaat.
Keadaan di lokasi kejadian tanah jerlus di hadapan Masjid India, di sini, pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita warga asing disyaki terjatuh dan tertimbus akibat tanah jerlus di hadapan Masjid India, di sini, pada Jumaat.

Difahamkan kejadian berlaku pada jam 8 pagi itu, mangsa berjalan kaki sebelum terjatuh kira-kira 8 meter.

Keadaan di lokasi kejadian tanah mendap di hadapan Masjid India, di sini, pada Jumaat.
Keadaan di lokasi kejadian tanah mendap di hadapan Masjid India, di sini, pada Jumaat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Keadaan di lokasi kejadian tanah mendap di hadapan Masjid India, di sini, pada Jumaat.
Keadaan di lokasi kejadian tanah mendap di hadapan Masjid India, di sini, pada Jumaat.

JBPM Kuala Lumpur mengesahkan kejadian tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din turut hadir di tempat kejadian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!