'Jom Taiwan' tarik pelancong Muslim

Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran Pelancongan Taiwan, Chou Ting Chang (tiga dari kiri) diikuti, Nabila dan Presiden Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia, Aznifah Ghani bersama tetamu pada Majlis Pelancaran Jom Taiwan pada Khamis.
Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran Pelancongan Taiwan, Chou Ting Chang (tiga dari kiri) diikuti, Nabila dan Presiden Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia, Aznifah Ghani bersama tetamu pada Majlis Pelancaran Jom Taiwan pada Khamis.
A
A
A

TAIPEI – Biro Pelancongan Taiwan telah melancarkan video terbaharu, ‘Jom Taiwan’ dan risalah terkini sebagai usaha strategik untuk mempromosikan Taiwan sebagai destinasi pilihan utama Muslim Malaysia.

Ketua Bahagian Antarabangsa Biro Pelancongan, Huang Yi-Cheng bersama Pengarah Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Kuala Lumpur, Chou Shi-Pi dan Duta Pelancongan Muslim Taiwan, Nabila Razali telah melancarkan video promosi Jom Taiwan pada Khamis.

Biro Pelancongan Taiwan dalam satu kenyataannya memaklumkan, video itu mempamerkan daya tarikan pelancongan Taiwan melalui empat tema utama iaitu trend bandar, eko-pelancongan, pengembaraan yang mengujakan dan pengalaman budaya.

“Video terbaharu ini diarahkan oleh pengarah Malaysia, Ooi Shi Wei dari Golden Horse Academy dan pengarah pempengaruh dari komuniti Muslim, Neollene. Video promosi itu akan disiarkan melalui iklan televisyen Malaysia, papan iklan elektronik luar dan platform dalam talian,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, lebih 40 wakil media dari Malaysia telah dijemput ke Taiwan untuk merasai sendiri pengalaman pelancongan mesra Muslim Taiwan dan keindahan semulajadinya.

“Pada tahun ini, Biro Pelancongan Taiwan telah melancarkan promosi komprehensif yang menyasarkan pasaran pelancongan untuk Muslim Malaysia.

“Pada tahun ini, mereka menjemput selebriti Malaysia Nabila Razali, yang mempunyai 3.5 juta pengikut di media sosial sebagai Duta Promosi,” kata kenyataan itu.

Biro itu turut melancarkan risalah perjalanan Muslim baharu dan kempen pengundian 72 jam di Taiwan untuk menjemput rakyat Malaysia mengundi jadual perjalanan ke negara itu yang mereka gemari di laman web.

Artikel Berkaitan:

Nabila (tengah) dilantik sebagai Duta Pelancongan Muslim Taiwan.
Nabila (tengah) dilantik sebagai Duta Pelancongan Muslim Taiwan.

“Peserta bakal berpeluang memenangi pakej pelancongan Taiwan selama empat hari tiga malam untuk dua orang, termasuk tambang penerbangan pergi balik. Biro menyasarkan untuk menarik lebih ramai pengunjung Muslim dari Malaysia,” kata kenyataan itu.

Taiwan yang indah dan mempesonakan Sementara itu, Nabila berkongsi pengalamannya yang telah melawat beberapa tempat tarikan pelancong seperti Bitou Cape, Yangmingshan, Stesen Jingtong di Laluan Pingxi dan pelbagai taman tema.

Menurut Nabila, beliau sempat merasai masakan Muslim Taiwan, termasuk potongan ayam goreng yang lazat, dan menikmati Hakka Lei Cha DIY (teh yang ditumbuk).

“Saya juga berbasikal di sepanjang Tanyashen Greenway di Taichung dan menaiki kereta api laluan Pingxi semasa perjalanan lawatan yang begitu mempesonakan,” kata Nabila.

Nabila berbesar hati dilantik menjadi duta dan mengagumi keindahan semula jadi dan suasana mesra Taiwan.

Dari Januari sehingga April 2024, pelancong Malaysia ke Taiwan melebihi 170,000 meningkat sebanyak 97 peratus berbanding waktu prapandemik sekali gus menjadikan Malaysia salah satu pasaran pelancongan dari Asia Tenggara yang paling penting di Taiwan.

Biro Pelancongan Taiwan juga akan mengambil bahagian dalam Pameran Pelancongan MATTA di Kuala Lumpur pada September nanti dan Nabila akan mengadakan sesi ‘meet-and-greet’ bersama peminat.

Biro, dengan agensi-agensi pelancongan Muslim ternama di Malaysia akan bekerjasama bagi mengadakan pakej diskaun pelancongan berkumpulan masa yang terhad bertujuan menggandakan peluang perniagaan bagi pasaran Muslim Malaysia.

Sejak 2019, Taiwan telah disenaraikan sebagai antara tiga destinasi utama bukan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam Indeks Perjalanan Muslim Global (GMTI), Taiwan diiktiraf berjaya menonjolkan persekitaran pelancongan mesra Muslim.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!