15 anggota bomba terlibat operasi SAR wanita tertimbus tanah jerlus
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seramai 15 anggota dan pegawai bomba terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga India disyaki terjatuh dan tertimbus akibat tanah jerlus di hadapan Masjid India di sini pada Jumaat.
Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohd Riduan Akhyar berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 8.22 pagi.
"Seramai 15 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa serta BBP Hang Tuah sebagai pasukan awal untuk menangani insiden kecemasan," katanya.
Mohd Riduan berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa wanita berusia 48 tahun terjatuh ke dalam lubang dan tertimbus di bawah tanah.
"Kedalaman lubang dianggarkan lapan meter. Tindakan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.
"Unit Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan Unit Anjing Pengesan (K9) turut berada di lokasi kejadian," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Anggota polis dikhuatiri lemas, dihanyut arus deras tali air
22 Disember 2024 07:09pmKereta Mercedes Benz C200 terbakar, pemandu selamat
22 Disember 2024 05:43pmWarga emas antara empat individu ditahan berjudi
22 Disember 2024 05:43pmGuru sekolah memandu dikesan tak pakai tali pinggang keledar ketika mengajar
22 Disember 2024 05:29pmBau busuk dari dalam kereta bongkar kematian Safri
21 Disember 2024 10:19pmHarimau Malaya hanya ada TMJ ketika ini
21 Disember 2024 10:03pmPemuda maut tersepit bawah kereta
21 Disember 2024 07:43pmPolis siasat resit pesanan makanan segera tertera catatan hina Islam, Melayu
21 Disember 2024 11:33pm