15 anggota bomba terlibat operasi SAR wanita tertimbus tanah jerlus
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seramai 15 anggota dan pegawai bomba terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga India disyaki terjatuh dan tertimbus akibat tanah jerlus di hadapan Masjid India di sini pada Jumaat.
Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohd Riduan Akhyar berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 8.22 pagi.
"Seramai 15 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa serta BBP Hang Tuah sebagai pasukan awal untuk menangani insiden kecemasan," katanya.
Mohd Riduan berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa wanita berusia 48 tahun terjatuh ke dalam lubang dan tertimbus di bawah tanah.
"Kedalaman lubang dianggarkan lapan meter. Tindakan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.
"Unit Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan Unit Anjing Pengesan (K9) turut berada di lokasi kejadian," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Kucing mati di UM diserang anjing liar - Polis
22 Disember 2024 01:42pmDua lelaki hilang ditemui selamat di perairan Indonesia
22 Disember 2024 01:42pmPeniaga kelapa mengaku tidak bersalah rogol remaja
22 Disember 2024 11:59am30 rumah rosak akibat angin kencang di Semporna
22 Disember 2024 11:34am‘Terima kasih PMX, satu pengakuan berani' - Dr Akmal Saleh
21 Disember 2024 05:45pmSelepas dua minggu kawan baik jadi menantu, ayah pula bertemu jodoh
21 Disember 2024 03:34pmDisangka resdung, rupanya hidap kanser hidung
21 Disember 2024 06:10pmPemuda maut tersepit bawah kereta
21 Disember 2024 07:43pmBau busuk dari dalam kereta bongkar kematian Safri
21 Disember 2024 10:19pm