Hilang tiga hari, mayat Boy ditemui terapung di sungai

Mayat Boy ditemukan di Sungai Bangkalalak dalam keadaan terapung dan dibawa naik ke darat oleh pasukan bomba.
Mayat Boy ditemukan di Sungai Bangkalalak dalam keadaan terapung dan dibawa naik ke darat oleh pasukan bomba.
A
A
A

BEAUFORT - Selepas tiga hari dilaporkan hilang, seorang lelaki akhirnya ditemui meninggal dunia akibat lemas di Sungai Bangkalalak, di sini pada Jumaat.

Mayat lelaki dikenali sebagai Boy Abdullah, 20, ditemui terapung di sungai tersebut pada jam 9.19 pagi oleh penduduk kampung yang melakukan pencarian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamay (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga dimulakan pada jam 8 pagi.

"Operasi turut disertai penduduk kampung sejauh 10 kilometer di sepanjang sungai tersebut.

"Jasad mangsa akhirnya ditemui oleh penduduk kampung pada jarak tiga kilometer dari pusat operasi dan 10 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Mayat Boy diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Mayat Boy diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya lagi, mayat mangsa dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis.

"Susulan penemuan mayat tersebut, operasi ditamatkan pada jam 11.16 pagi selepas memastikan lokasi dalam keadaan selamat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian pada Khamis melaporkan Boy dikhuatiri lemas selepas hanya bot miliknya sahaja ditemui di Sungai Bangkalalak.

Boy dikatakan menyeberang sungai tersebut untuk menghantar barang binaan dengan menggunakan bot sebelum disedari hilang pada jam 4 petang Rabu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!