JBPM, DBKL guna kren cari mangsa tanah jerlus

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia kini giat menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang merupakan pelancong. Foto Bernama
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia kini giat menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang merupakan pelancong. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera kren Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam usaha mencari seorang wanita warga India yang terjatuh dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, hari ini.

Ini berikutan sebuah kerusi konkrit yang berada di lokasi berkenaan turut terjatuh ke dalam tanah jerlus itu dan dipercayai menghempap mangsa.

Tinjauan mendapati kren DBKL tiba di lokasi iaitu di hadapan Malayan Mansion bagi memudahkan usaha pencarian kira-kira 11.40 pagi tadi.

Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan seorang kakitangan DBKL diturunkan ke dalam lubang sedalam lapan meter itu menggunakan kren berkenaan bagi usaha mencari mangsa.

Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera kren DBKL dalam usaha mencari seorang wanita warga India yang terjatuh dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India. Foto Bernama
Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera kren DBKL dalam usaha mencari seorang wanita warga India yang terjatuh dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India. Foto Bernama

Turut kelihatan beberapa individu dipercayai ahli keluarga wanita berusia 48 tahun itu, menunggu mangsa dikeluarkan.

Urusan harian di sekitar kawasan itu berjalan seperti biasa dan hanya dua premis berhampiran ditutup sementara waktu, susulan kejadian.

Terdahulu, JBPM Kuala Lumpur dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.22 pagi tadi dan mengesahkan seorang pelancong wanita dari India terperangkap. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!