Pegawai polis direman terima rasuah kes judi laga ayam

Anggota SPRM mengiringi inspektor polis yang direman kerana dipercayai menerima rasuah bagi menyelesaikan kes judi laga ayam.
Anggota SPRM mengiringi inspektor polis yang direman kerana dipercayai menerima rasuah bagi menyelesaikan kes judi laga ayam.
A
A
A

GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan reman seorang pegawai polis berpangkat Inspektor kerana disyaki meminta rasuah kira-kira RM5,000 sebagai balasan membantu menyelesaikan satu kes berkaitan judi laga ayam.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 25 Ogos 2024 terhadap suspek dikeluarkan Majistret Mohamad Azlan Basri selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret Georgetown, pada Jumaat.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia sekitar 30-a itu ditahan kira-kira jam 4 petang semalam di sekitar Pulau Pinang.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut baru-baru ini semasa proses jamin pengadu bersama 12 rakan yang lain.

“Suspek dipercayai telah meminta RM500 setiap seorang di mana jumlah keseluruhan adalah RM6,500 bagaimanapun semasa tangkapan dibuat hanya menemui wang tunai kira-kira RM5,000,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!