Lapan struktur haram atas tanah UTM diroboh

Operasi perobohan binaan atas tanah UTM di Jalan Semarak oleh DBKL. Foto DBKL
Operasi perobohan binaan atas tanah UTM di Jalan Semarak oleh DBKL. Foto DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah kandang ternakan antara lapan struktur binaan yang dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi yang dijalankan.

Turut dirobohkan stor, tempat kediaman serta kilang perabot atas kesalahan dibina tanpa kelulusan atas tanah milik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Jalan Semarak di sini.

Antara struktur dibina tanpa kelulusan dirobohkan DBKL. Foto DBKL
Antara struktur dibina tanpa kelulusan dirobohkan DBKL. Foto DBKL

DBKL memaklumkan, kesemua sisa struktur yang dirobohkan itu telah dilupuskan selepas tamat operasi.

"DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

"Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di https://adukl.dbkl.gov.my/," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Antara struktur dibina tanpa kelulusan dirobohkan DBKL. Foto DBKL
Antara struktur dibina tanpa kelulusan dirobohkan DBKL. Foto DBKL

Operasi tersebut dijalankan DBKL bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!