Selangor, KL diramal hujan lebat dan ribut petir hingga jam 5 petang
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 5 petang.
MetMalaysia memaklumkan keadaan sama diramal melanda seluruh Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta Perak selain beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.
MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!