Tanah 16 hektar milik RAC akan dibangunkan projek bercampur

Anthony (kiri) melihat projek menaik taraf Terowong Pejalan Kaki Sungai Ujong yang telah pun siap
Anthony (kiri) melihat projek menaik taraf Terowong Pejalan Kaki Sungai Ujong yang telah pun siap
A
A
A

SEREMBAN - Tanah seluas 16 hektar milik Perbadanan Aset Keretapi (RAC) di belakang Stesen Keretapi Seremban di sini akan dibangunkan sebagai projek pembangunan bercampur dalam tempoh lima hingga lapan tahun akan datang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pelbagai cadangan projek telah pun diterima dan kini dalam proses penilaian.

"Kita telah pun menerima empat cadangan daripada syarikat-syarikat besar yang pernah membangunkan pelbagai projek pembangunan bercampur di seluruh negara.

"Ini menunjukkan potensi yang ada di tanah ini kerana jarang kita dapat menarik minat syarikat pemaju terkemuka seperti ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Wajah Baharu Terowong Pejalan Kaki Sungai Ujong di sini pada Jumaat.

Anthony menandatangani plak perasmian Terowong Pejalan Kaki Sungai Ujong
Anthony menandatangani plak perasmian Terowong Pejalan Kaki Sungai Ujong

Menurutnya, projek yang bakal dilaksanakan bukan sahaja dapat memberikan pulangan baik kepada RAC tetapi pada masa sama boleh menjadi pemangkin pembangunan sosial ekonomi di daerah ini.

Beliau berkata, konsep pembangunan bercampur itu akan menghimpunkan pelbagai fasiliti untuk kegunaan komuniti setempat seperti perumahan, pusat beli-belah, hospital dan kolej swasta

Artikel Berkaitan:

"Apabila terlaksananya kelak ia mampu memberi wajah baharu kepada Seremban dan boleh menjadi hab pembangunan kepada daerah ini.

"Kita juga mahu mengintegrasikan pembangunan itu dengan pengangkutan awam melalui Seremban Sentral yang sedang dibangunkan," katanya.

Dalam pada itu beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, terowong pejalan kaki Jalan Sungai Ujong yang menghubungkan Stesen Keretapi Seremban dengan Stesen Bas Terminal 1 di sini kini berwajah baharu dengan imej yang lebih menarik.

Ujarnya, projek yang dijayakan di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) RAC itu melibatkan peruntukan RM400,000.

"Peruntukan ini untuk tujuan mengindahkan dan menghidupkan terowong ini dengan pencahayaan yang lebih terang. Ada lukisan dan gambar yang menarik serta elemen artistik.

"Konsep projek pula diuruskan Think City (sebuah organisasi yang menyediakan khidmat perundingan dan perkhidmatan) ilham daripada mereka menggunakan tema keretapi, landasan dan sebagainya yang digabungkan dengan sejarah bandaraya Seremban," katanya

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!