LBS raih Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik Malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan LBS, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan (tiga kanan) telah menerima anugerah tersebut daripada CEO Deloitte Malaysia, Yee Wing Peng (tiga kiri)
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan LBS, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan (tiga kanan) telah menerima anugerah tersebut daripada CEO Deloitte Malaysia, Yee Wing Peng (tiga kiri)
A
A
A

SHAH ALAM - Pemaju hartanah, LBS Bina Group Berhad (LBS), diiktiraf sebagai Syarikat Pengurusan Terbaik Malaysia untuk tahun ketiga berturut-turut, pada majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.

Anugerah berprestij itu dianugerahkan oleh Deloitte Private untuk mengangkat martabat syarikat-syarikat di Malaysia atas kecemerlangan tadbir urus organisasi, pertumbuhan berterusan dan keutuhan semangat keusahawanan.

Anugerah tersebut dianggap unggul di kalangan komuniti perniagaan dan pelaburan berikutan penerima anugerah dinilai oleh panel-panel industri tersohor negara.

Pengiktirafan terhadap LBS merupakan bukti dedikasi keteguhan terhadap kecemerlangan operasi, prestasi kewangan dan kemajuan yang lestari.

Anugerah ini turut menggariskan perjalanan transformatif LBS seperti yang tertera di slogan korporatnya, “Believe, Become, Behold”. Di bawah hala tuju strategik yang jelas selain kepimpinan kukuh LBS, memastikan syarikat membuat keputusan korporat yang bermaklumat sekaligus memacu visinya untuk menjadi pemaju terkemuka di samping mencipta ruang yang memberi inspirasi dengan fokus khusus kepada komuniti.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan LBS, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan telah menerima anugerah tersebut daripada CEO Deloitte Malaysia, Yee Wing Peng.

Lim Hock Guan bergambar bersama anugerah yang dimenangi LBS.
Lim Hock Guan bergambar bersama anugerah yang dimenangi LBS.

Hock Guan berkata, kecemerlangan pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti tinggi LBS dapat dilihat melalui kadar pertumbuhan tahunan kompaun pendapatan selama tiga tahun iaitu sebanyak 18.6 peratus pasca-COVID dari 2020 hingga 2023, yang melebihi kadar 10.1 peratus sebelum COVID dari 2016 hingga 2019.

Artikel Berkaitan:

“Bagi tahun akhir kewangan 2023, kumpulan mencatatkan jumlah hasil tertinggi pernah dicapai sebanyak RM1.8 bilion dengan keuntungan selepas cukai meningkat sebanyak 9.7 peratus dari tahun ke tahun kepada RM141.0 juta yang menghasilkan pendapatan setiap saham sebanyak 7.75 sen.

“LBS turut menyerlah dan mencapai kemajuan yang ketara apabila menerajui penerbitan Sukuk Wakalah SRI Sosial ASEAN dalam sektor hartanah Malaysia dengan penilaian AA-IS, yang memperkukuh kekuatan kewangannya serta komitmen terhadap perumahan mampu milik yang mampan,”katanya.

Menurutnya, LBS juga memberi keutamaan kepada kepelbagaian lembaga pengarah dengan mencapai 38 peratus perwakilan wanita dan 50 peratus komposisi lembaga pengarah bebas.

“Selaras dengan matlamat alam sekitarnya untuk amalan perniagaan yang lebih bersih dan bertanggungjawab, LBS telah melaksanakan penyelesaian tenaga solar dan sistem pengurusan sisa yang kukuh di seluruh operasinya.

“Kepercayaan kami untuk menerajui hari-hari mendatang telah mendorong kami untuk melangkaui sempadan dan mengatasi cabaran untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi,”katanya.

Menurut Hock Guan, dengan pengiktirafan dan terpilih di kalangan kumpulan syarikat yang sangat kompetitif, LBS amat berbangga untuk menerima anugerah berprestij itu bagi tahun ketiga berturut-turut.

No Image Caption

“Anugerah ini mengesahkan kejayaan transformasi kumpulan dengan penanda aras perkembangan portfolio dan penyesuaian terhadap cabaran pasaran. Komitmen kami untuk meningkatkan nilai pemegang saham juga jelas melalui pembayaran dividen 2.7 sen setiap saham atau RM41.6 juta pada tahun 2023 melebihi polisi dividen kami sebanyak 30 peratus daripada PATMI.

“Pencapaian kami merupakan terjemahan daripada usaha berterusan dan dedikasi pasukan. Dengan lebih 1,000 orang kakitangan, sumbangan dan kerja keras mereka adalah pemangkin utama kejayaan Kumpulan.

“Kami memupuk budaya kemajuan berterusan dengan mengutamakan pembangunan profesional kakitangan kami untuk membentuk barisan pemimpin masa hadapan yang kukuh. Dalam perkembangan seterusnya bagi memanfaatkan kekuatan pasukan, trajektori pertumbuhan LBS akan terus konsisten dengan fokus terhadap pengukuhan model perniagaan teras di dalam menyediakan kualiti tinggi, mampu milik dan saling berhubung kepada komuniti,”katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Cynthia Lim, berkata, LBS komited terhadap pertumbuhan lestari dan tekad memupuk asas integriti serta akauntabiliti kemajuan yang berterusan selaras dengan misi syarikat untuk mewujudkan komuniti yang berkembang maju.

“Sebagai pemaju terkemuka pilihan rakyat, kami komited untuk membina perbandaran inovatif di samping memperkayakan kehidupan dan menyumbang kepada masa depan yang lebih baik untuk komuniti kami.

“Kami optimis bahawa pengiktiran Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik Deloitte dari 2022 hingga 2024 mengesahkan kejayaan kami dalam melaksanakan visi transformatif, seperti yang ditunjukkan melalui portfolio kami yang semakin meningkat,”katanya.

Beliau turut menekankan komitmen syarikat terhadap prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus dengan menggariskan kepentingan penyertaan LBS dalam indeks FTSE4Good Bursa Malaysia sebagai bukti dedikasi syarikat terhadap kelestarian.

Melangkah ke hadapan, LBS akan terus memberi tumpuan kepada kelestarian holistik, berusaha untuk melebihi jangkaan pihak berkepentingan dengan projek yang berkualiti tinggi dan mampan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!