UMNO perlu strategi berbeza di PRK Mahkota - Ku Li

Tengku Razaleigh (kanan) hadir pada PAU 2024 di WTCKL pada Jumaat.
Tengku Razaleigh (kanan) hadir pada PAU 2024 di WTCKL pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO perlu menggunakan pendekatan berbeza dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sekiranya mahu mengekalkan momentum kemenangan di PRK DUN Neggiri.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, DUN Mahkota yang mempunyai komposisi pengundi campuran, berbeza dengan pengundi di Nenggiri jelas memerlukan sentuhan berbeza.

"Keadaannya (DUN Mahkota) berlainan. Saya rasa kerana di Nenggiri itu hampir seratus peratus pengundi Melayu. Jadi kita berhadapan Pas sahaja. Walaupun dia kerajaan tapi satu parti sahaja yang menentang kita.

"Di DUN Mahkota, saya rasa berbeza kerana kerusi di sana pengundi campuran dan walaupun majoriti Melayu, (pengaruh) bukan Melayu juga hebat.

"Jadi kena guna strategi lain dan tindakan yang perlu dilakukan oleh aktivis parti mestilah berbeza dengan apa yang diamalkan di Nenggiri," katanya ditemui pemberita pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian mengulas sama ada UMNO mampu mengekalkan momentum kemenangan seperti PRK DUN Nenggiri pada PRK DUN Mahkota yang bakal berlangsung bulan depan.

Dalam pada itu, beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) di DUN Nenggiri bukan hanya memberi gambaran sokongan orang Melayu kembali kepada UMNO tetapi juga UMNO akan terus mendapat sokongan pada masa akan datang.

"Kalau kita melakukan apa yang dituntut oleh mereka, dan kita bukan sahaja bercakap tetapi melaksanakan, saya rasa mereka akan menyokong kita.

Artikel Berkaitan:

"Jadi kalau kita buktikan apa kita buat itu dilakukan dengan ikhlas, pengundi akan menambah sokongan kepada kita dan barangkali itu akan menyebabkan ramai orang Melayu kembali kepada UMNO," katanya.

Ditanya mengenai kewujudan gelombang hijau di Kelantan, beliau bagaimanapun menolak perkara tersebut.

"Gelombang hijau itu orang cakap sahaja... saya tak rasa ada gelombang hijau. Ini cakap-cakap orang Pas barangkali nak mengukuhkan propaganda dia," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!