Kereta hanyut masuk sungai dibawa arus kepala air di Langkawi

Kereta jenis Almera dihanyutkan ke dalam sungai akibat arus deras kepala air di kawasan parkir SkyCab di Oriental Village, Langkawi pada Jumaat. - Foto: PDRM
Kereta jenis Almera dihanyutkan ke dalam sungai akibat arus deras kepala air di kawasan parkir SkyCab di Oriental Village, Langkawi pada Jumaat. - Foto: PDRM
A
A
A

LANGKAWI - Hujan lebat berserta angin kuat pada waktu pagi dan disusuli hujan renyai pada tengah hari menyebabkan berlaku kejadian kepala air di kawasan Air Terjun Telaga Tujuh dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kejadian terbabit menyebabkan aliran air deras berlaku di kawasan parkir SkyCab di Oriental Village dan beberapa kenderaan mengalami kerosakan.

Menurutnya, kejadian terbabit bagaimanapun tidak melibatkan mangsa, namun sebuah kereta jenis Almera dihanyutkan sebelum ditemui di dalam sungai.

Sebuah kedai baju di kawasan parkir SkyCab di Oriental Village, Langkawi terjejas akibat arus deras kepala air pada Jumaat. - Foto: APM
Sebuah kedai baju di kawasan parkir SkyCab di Oriental Village, Langkawi terjejas akibat arus deras kepala air pada Jumaat. - Foto: APM

"Antara kemudahan yang terjejas ialah lima kiosk, lapan kedai di ⁠'food court', lima kedai baju dan dua buah cafe.

"Bagaimanapun kita masih belum terima laporan mengenai kejadian setakat ini," katanya pada Jumaat.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapten (PA) Khairul Afzan Md Yasin berkata, hujan lebat berterusan dari jam 11.30 malam pada Khamis sehingga 12.50 tengah hari pada Jumaat mengakibatkan kejadian kepala air di Air Terjun Telaga Tujuh.

Beliau berkata, hujan mula berhenti pada jam 2 petang dan air surut sepenuhnya pada jam 2.40 petang pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

"Kerosakan di kawasan yang terjejas masih dikenal pasti," jelasnya.

@sinarharianonline

Hujan lebat berserta angin kuat pada waktu pagi dan disusuli hujan renyai pada tengah hari menyebabkan berlaku kejadian kepala air di kawasan Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman ASharimanshari berkata, kejadian terbabit menyebabkan aliran air deras berlaku di kawasan parkir SkyCab di Oriental Village dan beberapa kenderaan mengalami kerosakan. #fyp #SinarHarian #Langkawi #KepalaAir #Hujan #Ribut #AirTerjunTelagaTujuh

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!