Kes penipuan melalui aplikasi Telegram meningkat di Singapura

Mangsa terjebak dalam skim pelaburan dan e-dagang menerusi aplikasi Telegram. Foto Agensi
Mangsa terjebak dalam skim pelaburan dan e-dagang menerusi aplikasi Telegram. Foto Agensi
A
A
A

SINGAPURA - Polis Singapura merekodkan kes penipuan atau scammer menerusi aplikasi Telegram melonjak sehingga 137.5 peratus pada separuh pertama tahun ini, lapor Berita Mediacorp.

Kes dilaporkan paling banyak membabitkan penipuan pelaburan yang menyumbang kepada 38.6 peratus dan selebihnya melibatkan penipuan e-dagang dan pekerjaan.

Selain Telegram, Pasukan Polis Singapura (SPF) turut mendedahkan aplikasi media sosial lain seperti Facebook, WhatsApp dan Instagram yang terbabit sama dalam kes-kes penipuan itu,

"Platform-platform itu secara konsisten sering digunakan scammer untuk mencari mangsa dan menjalankan tipu helahnya," katanya.

Secara keseluruhan, kes penipuan di Singapura meningkat 16.3 peratus antara Januari dengan Jun, berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Sebanyak 26,587 kes kesemuanya dillaporkan dan ini membabitkan kerugian sekurang-kurangnya S$385.6 juta (RM1.2 bilion).

SPF menambah, majoriti mangsa penipuan adalah golongan belia dan dewasa yang berusia bawah 50 tahun.

"Kes penipuan ini amat membimbangkan kerana seorang warga emas boleh sahaja kehilangan seluruh simpanan akibat penipuan dan kemungkinan wang mereka tidak dapat semula," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!