UMNO mesti jadi sekolah politik

Muhammad Fareezad Khairuddin Foto: Media UMNO
Muhammad Fareezad Khairuddin Foto: Media UMNO
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO perlu menjadi sekolah politik kepada anak-anak muda yang ‘mengajar’ soal jatuh bangun, susah payah dan perjuangan untuk masa depan negara.

Perwakilan mahasiswa, Muhammad Fareezad Khairuddin berkata, parti keramat Melayu itu mempunyai peranan besar dalam membentuk anak muda yang mempunyai pengetahuan kukuh tentang perlembagaan dan mampu menjadi aktivis yang memegang falsafah ‘negara ini milik kita’.

“Kalau boleh, berikanlah mandat kepada mahasiswa untuk membangunkan sekolah politik ini. Ini penting kerana kalau nak mengajar erti perjuangan, kita tak rekrut di pejabat atau dewan besar tapi mungkin di bilik-bilik kecil atau dalam kelompok kecil.

“Anak muda hari ini tak suka politik yang membosankan. Cara kita menghiburkan diri juga lain, dulu hiburan pengerusi tetap mungkin main laga getah skrap, tapi generasi saya ‘Mobile Legend’. Sebab itu, kita kena lakukan mengikut cita rasa mereka, cara lebih muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Jumaat.

Tambah Muhammad Fareezad, peluang yang diberikan UMNO kepada mahasiswa untuk turut sama dalam PAU 2024 membuktikan parti berkenaan tidak pernah meninggalkan peranan mahasiswa dan anak muda.

“Namun, memberi peranan sahaja tidak cukup. Hakikatnya, anak muda hari ini perlu diisi dengan pemikiran neo-nasionalisme.

“Pemikiran yang memandang soal ancaman masa hadapan dan peluang semasa. UMNO tak boleh terus berbangga dengan sejarah kemerdekaan tanpa mengisi kemerdekaan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!