MPS lapor polis, surat rujukan disalah guna kutip dana

MPS mengesan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan surat rujukannya untuk kutipan dana penganjuran program.
MPS mengesan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan surat rujukannya untuk kutipan dana penganjuran program.
A
A
A

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengesan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan surat rujukan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu untuk kutipan dana penganjuran program.

MPS dalam satu kenyataan menegaskan pihaknya tidak pernah terlibat dalam penganjuran program tersebut.

Menurut kenyataan itu, pihaknya juga tidak pernah mengarahkan dalam kalangan kakitangannya mengutip sebarang dana atau bayaran kepada pemilik perniagaan atau individu bagi tujuan tersebut.

"Kami telah menerima aduan terdapat pihak tertentu menyalahgunakan surat rujukan MPS bertarikh 26 Oktober 2023 untuk membuat kutipan bayaran bagi program Penerapan Semangat Rukun Negara.

"Ingin ditegaskan bahawa MPS tidak memberi sebarang kebenaran atau menjadi penganjur bersama dengan mana-mana pihak untuk program tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Ujar kenyataan itu, satu laporan polis telah dibuat pada 20 Ogos 2024 berkaitan perkara itu.

Katanya, MPS meminta sesiapa yang menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkenaan perkara itu untuk tampil membuat laporan atau menghubungi MPS di talian 03-6126 5824.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!