14 maut selepas bas penumpang India tergelincir di Nepal

Anggota penyelamat melakukan kerja-kerja menyelamat di lokasi nahas sebuah bas yang membawa penumpang India terjunam ke dalam sungai Marsyangdi di daerah Tanahun Nepal pada Jumaat - Foto: AFP
Anggota penyelamat melakukan kerja-kerja menyelamat di lokasi nahas sebuah bas yang membawa penumpang India terjunam ke dalam sungai Marsyangdi di daerah Tanahun Nepal pada Jumaat - Foto: AFP
A
A
A
KATHMANDU - Sekurang-kurangnya 14 orang maut selepas sebuah bas dari India yang membawa 43 penumpang tergelincir dari jalan di tengah Nepal pada Jumaat, kata pihak berkuasa tempatan.

"Setakat ini, 14 orang terkorban. Operasi menyelamat sedang dijalankan," kata Shukra Chuman, Pengerusi Perbandaran Luar Bandar Aanbookhaireni di Daerah Tanahun, Wilayah Gandaki, kepada Xinhua.

Bas dari India yang membawa 43 orang penumpang itu terjunam ke tebing Sungai Marsyangdi di Aanbookhaireni, namun sebuah batu besar menghalang bas itu daripada di bawa arus lebih jauh lagi, kata jurucakap polis daerah, Deepak Kumar Raya.

Foto yang dikeluarkan oleh Tentera Nepal di media sosial menunjukkan bas itu terdampar di tebing sungai.

Deepak Kumar memberitahu Xinhua bahawa 36 orang telah diselamatkan manakala 15 daripada mereka masih tidak sedarkan diri.

"Pencarian baki tujuh orang lagi masih diteruskan," katanya, sambil menambah bahawa kemalangan berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke ibu kota Kathmandu dari Pokhara, sebuah destinasi pelancongan popular di Nepal.

Pada mulanya, Deepak Kumar melaporkan jumlah penumpang bas seramai 40 orang.

Baik Deepak Kumar mahupun jurucakap Pasukan Polis Nepal masih belum mengesahkan kematian dalam kemalangan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!