Tanah jerlus Masjid India: Mangsa dipercayai dihanyut arus deras

Anggota JBPM serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia giat menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang merupakan seorang pelancong. Foto Bernama
Anggota JBPM serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia giat menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang merupakan seorang pelancong. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Wanita warga India yang terjatuh dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, dipercayai dihanyutkan arus deras bawah tanah.

Memetik kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa sebagai berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa memerlukan perancangan rapi kerana membabitkan infrastruktur awam.

Menurutnya, beliau difahamkan terdapat aliran air yang deras dan operasi SAR telah meliputi kawasan hujung bawah tanah tetapi belum menjumpai mangsa setakat ini.

Operasi SAR telah meliputi kawasan hujung bawah tanah tetapi belum menjumpai mangsa setakat ini. Foto Bernama
Operasi SAR telah meliputi kawasan hujung bawah tanah tetapi belum menjumpai mangsa setakat ini. Foto Bernama

“Kita sekarang (SAR) ikut peringkat dan perbincangan dibuat dengan pihak Indah Water Konsortium (IWK) dan agensi berkenaan berhubung pelan (infrastruktur) sebab kita tidak boleh buat sesuka hati.

"Saya dimaklumkan jika kita buat penutupan (paip/parit), dikhuatiri mungkin berlaku banjir di lokasi," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pada Jumaat.

Rusdi menambah pelbagai faktor perlu dipertimbangkan termasuk keadaan gas di bawah tanah.

“Sehubungan itu, setiap tindakan yang diambil perlulah berstrategi dan dirancang rapi demi keselamatan semua,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, tinjauan mendapati sekurang-kurangnya empat jengkaut berada di lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mengorek kawasan mendapan.

Operasi SAR mangsa memerlukan perancangan rapi kerana membabitkan infrastruktur awam. Foto Bernama
Operasi SAR mangsa memerlukan perancangan rapi kerana membabitkan infrastruktur awam. Foto Bernama

Operasi pencarian kini memasuki tempoh 10 jam sejak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 8.22 pagi tadi.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat dalam kenyataan operasi mengorek dilakukan bagi meluaskan kawasan pencarian mangsa yang terjatuh dalam kejadian itu.

Jelasnya, mangsa bersama beberapa ahli keluarga datang melancong ke Malaysia hampir dua bulan lalu dan bercadang untuk terbang pulang ke India esok. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!