Sukma 2024: Siti Aqilah pecah dua rekod kebangsaan angkat berat

Atlet muda Terengganu Siti Aqilah Farhana berjaya memenangi pingat Emas dalam acara Angkat Berat Wanita lebih 76kg dengan angkatan berat 226 KG di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan pada Jumaat. Foto Bernama
Atlet muda Terengganu Siti Aqilah Farhana berjaya memenangi pingat Emas dalam acara Angkat Berat Wanita lebih 76kg dengan angkatan berat 226 KG di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

ATLET angkat berat, Siti Aqilah Farhana Draman berjaya memecahkan dua rekod kebangsaan kategori lebih 76 kilogram wanita untuk membantu meraih emas keempat Terengganu pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Siti Aqilah Farhana, 18, memecahkan rekod kebangsaan dalam disiplin snatch dengan angkatan seberat 100kg memadam rekod 95kg dicipta atlet kebangsaan Sonia Cassendra Masne pada 2021.

Beliau turut memadam rekod milik Sonia dengan keseluruhan angkatan seberat 226kg mengatasi 225kg.

Bagi disiplin clean and jerk, Siti Aqilah Farhana hanya mencatatkan angkatan bebanan sebanyak 126kg berbanding rekod kebangsaan yang turut dipegang oleh Sonia (130kg).

"Pada edisi lepas saya dapat pingat perak, kali ini dapat emas. Saya ucapkan terima kasih kepada ibu bapa serta jurulatih yang banyak bantu saya untuk raih emas hari ini,” katanya kepada pemberita.

Pingat perak acara itu dimenangi Nur Alya Nabilah Ahmad Nazri dengan angkatan keseluruhan 181kg manakala wakil tuan rumah, Brickleen Jessie Hiew memperoleh gangsa dengan angkatan keseluruhan bebanan 160kg.

Bagi kategori wanita 76kg, atlet Selangor Nur Ellyana Maisarah Norazman mengungguli acara itu dengan angkatan keseluruhan 166kg manakala perak dimenangi wakil Kelantan, Nur Nabila Najwa Halim dengan jumlah angkatan 150kg manakala Nur Izzati Insyirah Rahim meraih gangsa merekodkan bebanan 123kg. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!