Harga RON97 turun 8 sen, RON95, diesel kekal

608122
608122
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga runcit RON97 turun 8 sen iaitu daripada RM2.49 seliter kepada RM2.41 seliter bagi tempoh 1 hingga 7 Februari bermula tengah malam ini.

Harga RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini berkata, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

"Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.11 seliter dan RM2.18 seliter masing-masing," katanya.

Menurutnya, dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk berkenaan, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh tersebut adalah RM10.43 juta.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!