Jambatan runtuh: Laluan Slim River-Slim Village ditutup
TANJUNG MALIM - Laluan yang menghubungkan Slim River ke Slim Village di sini terpaksa ditutup akibat jambatan runtuh pada Jumaat.
Penutupan bermula jam 8 malam itu melibatkan Seksyen 10.1 Jalan Slim River- Behrang Ulu.
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang mengakibatkan banjir di kawasan itu.
"Kesan runtuhan dikesan berlaku sepanjang empat meter di laluan tersebut.
"Setakat ini, hanya satu laluan disahkan runtuh, namun Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang mengenal pasti jalan-jalan lain yang terlibat," katanya dalam kenyataan ringkas di sini pada Jumaat.
Beberapa gambar dan rakaman video kejadian itu tular di media sosial antaranya memaparkan keadaan arus deras Sungai Slim.
Maklumat awal memaklumkan, arus deras terjadi kesan kepala air dan keadaan empangan pecah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!