Insiden kepala air Ulu Slim: 15 individu dikhuatiri terperangkap
KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 15 orang dipercayai terperangkap di Risda Eco Park, Ulu Slim River, Perak pada petang Jumaat.
Dalam kejadian jam 6 petang itu kesemua mereka dipercayai tidak dapat keluar dari kawasan itu untuk menyelamatkan diri susulan kejadian kepala air dan pokok tumbang.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Slim River ketika dihubungi Astro AWANI berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.50 petang, Jumaat.
Menurut maklumat awal, jurucakap berkenaan berkata, kesemua mangsa berkhemah di kawasan itu dan sepasukan pegawai dan anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian untuk operasi penyelamatan.
Setakat ini, kerja-kerja penyelamatan sedang dijalankan. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!