Pelajar parah, motosikal langgar lubang ketika ke sekolah

Kanak-kanak perempuan parah motosikal langgar lubang.
Kanak-kanak perempuan parah motosikal langgar lubang.
A
A
A

SEREMBAN - Perjalanan pelajar Tahun Tiga ke sekolah bertukar tragedi selepas motosikal dinaiki bersama bapanya terlanggar lubang saluran kabel bawah tanah yang dibiarkan tidak bertutup di Jalan Persiaran Rimbun Indah, di sini pada pagi Jumaat.

Kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu menyebabkan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu parah.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, lubang yang tidak bertutup itu turut menyebabkan tiga lagi kereta mengalami kerosakan.

“Berlaku kemalangan jalan raya membabitkan empat kenderaan iaitu tiga kereta dan sebuah motosikal di Jalan Persiaran Rimbun Indah.

No Image Caption

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang seorang lelaki berumur 44 tahun bersama anaknya pelajar sekolah berumur sembilan tahun sedang bergerak dari arah Persiaran Rimbun Indah ke arah Seremban," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, penunggang motosikal yang sedang bergerak di lorong kiri secara tiba-tiba terlanggar lubang yang berada di hadapan laluannya.

Menurutnya, akibat daripada perlanggaran itu, pembonceng dan penunggang motosikal tercampak jatuh di atas jalan raya.

Artikel Berkaitan:

“Ketiga-tiga pemandu kereta dari arah yang sama turut melanggar lubang itu namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

"Mangsa pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah pada kepala dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan manakala bapanya mengalami luka pada tangan.

Sehubungan itu katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Sankar di talian 014-6000353 atau boleh terus ke mana-mana Balai Polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Peraturan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 10LN166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!