Pencarian mangsa tanah jerlus tumpu pada saluran paip kumbahan

Keadaan di lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, pada jam 11 malam.
Keadaan di lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, pada jam 11 malam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pasukan operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, memfokuskan pencarian pada saluran paip kumbahan di bawah tanah di Jalan Masjid India.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Nordin Pauzi berkata, pihaknya akan menggunakan khidmat Unit Skuba JBPM dalam mencari mangsa selepas khidmat anjing pengesan menemui jalan buntu.

"Tindakan untuk masuk ke dalam lubang saluran kumbahan dilakukan selepas kawasan kejadian digali dan dibersihkan menggunakan jengkaut.

"Khidmat Unit Skuba terpaksa digunakan walaupun air tidak dalam namun ianya turut berisiko," katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian, pada Jumaat.

Nordin berkata, usaha itu dilakukan selepas terdapat sedikit pecahan (kebocoran) atau serpihan yang membolehkan air keluar.

"Jadi di tempat saluran yang pecah itu kita akan buat size-up (periksa) sekiranya anggota boleh masuk, kemungkinan kita boleh buat pencarian dan menemui sesuatu," katanya.

Beliau berkata, pada masa ini pihaknya menumpukan usaha mencari dan menyelamat di saluran kumbahan kawasan Masjid India dahulu sebelum memperluaskan skop pencarian ke lokasi lain.

"Kita akan berhubung dengan pihak Indah Water Konsortorium (IWK), sebab saluran ini satu hala, selain mengesan mangsa melalui perangkap-perangkap sedia ada yang berkemungkinan wanita berkenaan ada di situ.

Artikel Berkaitan:

"Pihak kami juga difahamkan saluran ini berakhir di satu loji di Lembah Pantai, dan kita akan meneliti kawasan itu juga," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!