109 individu terperangkap tragedi kepala air, empangan pecah

Operasi menyelamat mangsa terperangkap dilakukan menggunakan bantuan bot disebabkan laluan telah runtuh.
Operasi menyelamat mangsa terperangkap dilakukan menggunakan bantuan bot disebabkan laluan telah runtuh.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Sekurang-kurangnya 109 orang terperangkap dalam kejadian kepala air dan empangan pecah di Slim Village, Slim River di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, maklumat kejadian itu diterima pada jam 6.45 petang melibatkan Kampung Sungai Bil, Sir Zulkifli Campsite Sungai Bil, Kampung Pasir Ulu Slim dan Eco Park Risda, Ulu Slim.

Menurutnya, insiden kepala air berlaku di Kampung Sungai Bill disusuli tempat rawatan air di Empangan Kampung Pasir Ulu Slim pecah berhampiran Stesen Janakuasa Hidro Sungai Slim.

"Kejadian ini telah mengakibatkan tiga jambatan runtuh dan terputus laluan iaitu Jambatan Utama Slim Village, Jambatan Ulu Slim dan Jambatan Kampung Piong dekat Sungai Bil.

Operasi membawa keluar mangsa yang terperangkap sedang dijalankan polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Rela.
Operasi membawa keluar mangsa yang terperangkap sedang dijalankan polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Rela.

"Kesannya ramai penduduk telah terputus hubungan. Setakat yang dilaporkan, 50 penduduk terperangkap di Kampung Sungai Bil, Sir Zulkifli Campsite (15), Kampung Pasir (25) dan Eco Park Risda (19).

"Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan individu hilang," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Azizi berkata, operasi membawa keluar mangsa yang terperangkap sedang dijalankan polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Rela.

Artikel Berkaitan:

Katanya, semua mangsa akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Jamek Kampung Pasir yang dibuka pada jam 8.30 malam tadi.

"Operasi menyelamat disertai lebih 50 anggota dengan menggunakan bantuan bot disebabkan laluan telah runtuh," katanya.

Beliau memaklumkan, pemantauan dilakukan mendapati, terdapat sembilan rumah penduduk di Kampung Sungai Bil dinaiki air setinggi 0.5 meter disebabkan limpahan air dari sungai.

Jelasnya, keadaan di lokasi sekarang hujan masih renyai-renyai dan arus sungai masih deras, namun beransur surut.

"Kita nasihatkan kepada orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghentikan sebarang aktiviti terutama perkelahan di kawasan sungai bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku terutama pada musim hujan," katanya.

@sinarharianonline

Sekurang-kurangnya 109 orang terperangkap dalam kejadian kepala air dan empangan pecah di Slim Village, Slim River Tanjung Malim pada Jumaat. Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, maklumat kejadian itu diterima pada jam 6.45 petang melibatkan Kampung Sungai Bil, Sir Zulkifli Campsite Sungai Bil, Kampung Pasir Ulu Slim dan Eco Park Risda, Ulu Slim. #SinarHarian #SinarTerkini #Viral #empanganpecah #SlimVillage

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!