Alisa suka duduk dalam peti ais, kepanasan akibat kimoterapi

Perkongsian Nur Hisham mengenai anaknya, Alisa Umaira menjadi tular di aplikasi TikTok baru ini.
Perkongsian Nur Hisham mengenai anaknya, Alisa Umaira menjadi tular di aplikasi TikTok baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Siapa sangka, niat si bapa hanya menemani anaknya tidur sambil bersiaran langsung di media sosial untuk meluangkan waktu meraih perhatian pengguna aplikasi TikTok baru-baru ini.

Asbab berkongsi kisah anak istimewanya, Alisa Umairah, yang mengalami masalah penglihatan akibat kanser mata tahap empat, Nur Hisham Abd Hamid, 30, tidak menyangka itulah permulaan rezeki buat zuriat bongsunya.

"Sebenarnya saya buat live sementara tunggu Alisa tidur. Sejak menjalani kimoterapi, Alisa sukar tidur dan hanya tertidur sekitar jam 2 atau 3 pagi.

Alisa Umairah kini memakai mata palsu
Alisa Umairah kini memakai mata palsu

"Tiba-tiba AcapS (pempengaruh TikTok) ajak bersiaran langsung bersama. Saya sembang, bercerita mengenai Alisa.

"Namun selepas siaran tamat, ramai yang DM (mesej di aplikasi) dan komen. Mereka mahu hulurkan bantuan, berdoa untuk Alisa. Saya anggap itu rezeki anak," katanya.

Menerusi siaran langsung berkenaan, lelaki dari Johor itu berkongsi kisah anaknya yang gemar duduk dalam peti ais bagi mengurangkan rasa panas akibat kesan kimoterapi mengundang sebak pempengaruh itu serta penonton lain.

Kisah kanak-kanak itu mendapat perhatian selepas video siaran langsung bersama Asraf Jaafar menjadi tular.

Artikel Berkaitan:

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang berkongsi rezeki dan doakan anak saya.

"Saya doakan mereka yang baik hati ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. Mohon doakan Alisa bebas kanser dan cepat sembuh," ujarnya.

Nur Hisham berkata, Alisa Umairah didiagnos menghidap kanser ketika usia setahun dan telah menjalani pembedahan membuang kedua-dua matanya pada Mei dan Julai lalu.

Kini kanak-kanak berusia setahun sembilan bulan itu memakai mata palsu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!