SPRM kesan individu bantu perbicaraan kes SRC International

SPRM
SPRM
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang saksi bagi membantu perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki berkenaan, Jerome Lee Tak Loong, 44, beralamat terakhir di 33A, Jalan Pinggiran Semarak Api, Sierramas, Sungai Buloh, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi Penolong Kanan Pesuruhjaya, Rosli Husain di talian 010-3187757. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!