Tiada aktiviti korekan sekitar tanah jerlus Masjid India - Datuk Bandar Kuala Lumpur

Maimunah meninjau lokasi kejadian pada Jumaat. Foto Facebook DBKL
Maimunah meninjau lokasi kejadian pada Jumaat. Foto Facebook DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak melaksanakan sebarang aktiviti korekan di sekitar tanah jerlus di Jalan Masjid India berhadapan Malayan Mansion di sini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya telah mengarahkan syarikat utiliti terlibat menyemak aset berhampiran di lokasi selain Air Selangor juga sudah mengambil langkah menutup bekalan air sedia ada.

Menurutnya, semakan jajaran utiliti bawah tanah di kawasan terlibat mendapati terdapat laluan paip kumbahan bersaiz 1.5 meter diameter.

"Pihak IWK (Indah Water Konsortium) telah berada di tapak untuk membantu DBKL bersama bomba.

"DBKL bersama agensi lain sedang membuat pengesanan di sepanjang jajaran paip kumbahan bagi mengenalpasti mangsa sejak petang Jumaat, " katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Maimunah mendengar taklimat perkembangan operasi mencari menyelamat mangsa di lokasi kejadian pada Jumaat. Foto Facebook DBKL
Maimunah mendengar taklimat perkembangan operasi mencari menyelamat mangsa di lokasi kejadian pada Jumaat. Foto Facebook DBKL

Ujarnya, sehingga kini, mangsa yang jatuh ke lubang jerlus itu masih belum dapat dikesan.

Katanya, DBKL telah menempatkan jentera-jentera dan anggota penyelamat bagi membantu pencarian tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga telah bertemu dengan suami mangsa di lokasi kejadian dan

menzahirkan rasa sedih dan simpati atas kejadian yang berlaku," katanya.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan seorang wanita warga India berusia 46 tahun terjatuh dan tertimbus akibat tanah jerlus di lokasi kejadian.

Difahamkan kejadian berlaku pada jam 8 pagi itu, mangsa berjalan kaki sebelum terjatuh kira-kira 8 meter.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!