Enam kawasan Dengkil banjir, lima PPS dibuka

Enam lokasi terjejas banjir susulan hujan lebat di Dengkil pada Jumaat.
Enam lokasi terjejas banjir susulan hujan lebat di Dengkil pada Jumaat.
A
A
A

SEPANG - Kampung Sri Tanjung antara enam lokasi di Dengkil terjejas banjir susulan hujan lebat pada Jumaat.

Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, turut terjejas Kampung Cemperai, Kampung Semarang, Kampung Orang Asli Sungai Melut, Puspen dan Kampung Revolusi hijau.

Menurutnya, seramai 301 mangsa ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian tersebut.

"Seramai 112 mangsa banjir ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Ahmad Razali, 58 mangsa di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, 16 orang di Balai Raya Semarang, 70 lagi di Dewan Orang Ramai Dengkil dan 46 di SRA Kampung Ahmad Razali.

"Ini menjadikan jumlah mangsa keseluruhan adalah 86 keluarga dengan 301 orang mangsa," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Sabtu.

Beliau menasihatkan penduduk terjejas berhati-hati dan Ikuti arahan dan panduan pihak berkuasa.

Katanya, mangsa juga diminta berhubung terus dengan JPKK masing-masing untuk tindakan lanjut.

"Saya turut mengarahkan Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang untuk terus membuat pemantauan rapat sejak kejadian tadi dan termasuklah di PPS.

Artikel Berkaitan:

"Semoga ALLAH menjauhkan kita daripada sebarang musibah dan merahmati kita dengan sebaik-baik pertolongan," katanya.

End

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!