Final Piala FA: 109 bas bawa penyokong JDT

Penyokong JDT berkumpul di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, untuk menaiki bas ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pagi Sabtu.
Penyokong JDT berkumpul di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, untuk menaiki bas ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pagi Sabtu.
A
A
A

SERAMAI 4,000 penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dari seluruh negeri ini menaiki kira-kira 109 bas ke Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA, malam ini.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak JDT (Johor Fan Club), Mohd Fadzli Sapi, berkata, daripada jumlah itu sebanyak 80 bas membawa rombongan Boys of Straits (BOS) yang berlepas dari beberapa lokasi di setiap daerah di negeri ini.

MOHD FAZLI
MOHD FAZLI

Manakala, selebihnya merupakan bas yang membawa penyokong daripada gabungan kelab-kelab penyokong.

"Sebanyak 11 bas membawa penyokong yang berlepas dari Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos di Larkin pada jam 8.30 pagi.

"Keadaan hujan renyai sejak Subuh tidak menghalang penyokong datang awal ke Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos untuk berkumpul, bergambar bersama dan mendengar taklimat sebelum bas bergerak," katanya.

Beliau berkata, penyokong cukup bersemangat tidak mengira peringkat usia memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan JDT yang berdepan Selangor FC pada aksi final kali ini.

Penyokong JDT bergambar bersama di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, untuk menaiki bas ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pagi Sabtu.
Penyokong JDT bergambar bersama di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, untuk menaiki bas ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pagi Sabtu.

Artikel Berkaitan:

"Sudah tentu perlawanan pada malam ini agak mencabar namun JDT diyakini merangkul kemenangan.

"Penyokong juga dinasihatkan sentiasa jaga displin, tidak melayan sebarang provokasi dan mengelak kejadian tidak diingini," katanya.

Gelagat penyokong di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, sebelum menaiki bas ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pagi Sabtu.
Gelagat penyokong di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, sebelum menaiki bas ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pagi Sabtu.

Sementara itu, penyokong yang ditemui tidak sabar untuk menyaksikan pertembungan Harimau Selatan dengan Selangor FC dengan keyakinan penuh diberikan kepada JDT untuk menjulang Piala FA.

Pelajar, Adief Airiel Jumari, 18 menjangka skuad bimbingan Hector Bidoglio mampu melakar kemenangan dengan jaringan 3-0.

ADIEF
ADIEF

"Saya bersama tiga lagi rakan menaiki bas bersama penyokong JDT ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Saya yakin JDT tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana rekod JDT amat baik," katanya

Suri rumah, Sharifah Maznah Syed Salim, 51, berkata, dia dan rakannya bertolak dari Felda Sungai Mas, Kota Tinggi ke Larkin bagi menaiki bas penyokong yang disediakan untuk menyaksikan final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil.

SHARIFAH MAZNAH
SHARIFAH MAZNAH

"Kami berdua tidak pernah melepaskan peluang menyaksikan perlawanan akhir membabitkan JDT di Stadium Bukit Jalil, sejak lima tahun lalu.

"Sudah tentu, saya mahu lihat JDT julang Piala FA dengan melakar kemenangan 2-0," ujarnya.

Penyokong JDT berkumpul di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, untuk menaiki bas ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pagi Sabtu.
Penyokong JDT berkumpul di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, untuk menaiki bas ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pagi Sabtu.

Untuk rekod, JDT telah memenangi Piala FA sebanyak tiga kali iaitu pada 2016 dan dua kali berturut-turut pada tahun 2022 dan 2023.

Kerajaan Johor mengumumkan Ahad ini (25 Ogos) sebagai hari cuti peristiwa bagi menghargai seluruh rakyat dan penyokong yang merupakan “pemain ke -12” pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam Piala FA 2024.

Berita gembira itu dikongsikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di laman Facebooknya, selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik kelab JDT.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!