Pekerja kedai makan hilang sejak Rabu

Mohd Farid Zulkafli dilaporkan hilang sejak Rabu.
Mohd Farid Zulkafli dilaporkan hilang sejak Rabu.
A
A
A

TAMPIN - Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Rabu

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, kakak mangsa membuat laporan polis mengenai kehilangan adiknya, Mohd Farid Zulkafli, 36, pada jam 4.03 petang Jumaat.

"Lelaki itu keluar dari rumah di Taman Pinggiran Sungai Kelamah pada 21 Ogos lalu untuk pergi bekerja di sebuah kedai makan di sekitar Sungai Kelamah di sini.

“Kali terakhir dia dijumpai oleh majikannya di Taman Sri Rompin, Jempol, kira-kira jam 4 petang, 21 Ogos lalu dan lelaki tersebut memberitahu ingin pulang ke kampungnya di Felda Serting Hilir,Jempol," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ujarnya, lelaki itu berketinggian kira-kira 156 sentimeter, berbadan kurus, rambut pendek dan memakai pakaian kemeja-T berwarna biru bertulisan Barisan Nasional serta seluar berwarna hitam.

"Orang hilang ini juga tidak mempunyai telefon bimbit dan kenderaan.Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menyalurkannya kepada pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Mohd Rodzi Md Saad ditalian 07-9481221.

"Boleh juga berhubung melalui Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin (06-4431999) atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!