Risda bantu sedia keperluan asas mangsa terperangkap

Pihak JBPM sedang berusaha untuk mencari laluan selamat bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap semasa menginap dan berkhemah di tapak rekreasi Risda Eco Park, Ulu Slim, Tanjung Malim.
Pihak JBPM sedang berusaha untuk mencari laluan selamat bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap semasa menginap dan berkhemah di tapak rekreasi Risda Eco Park, Ulu Slim, Tanjung Malim.
A
A
A

IPOH - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) membantu menyediakan keperluan asas buat 19 orang mangsa yang terperangkap semasa menginap dan berkhemah di tapak rekreasi Risda Eco Park, Ulu Slim, Tanjung Malim pada Jumaat.

Risda dalam satu kenyataan memaklumkan, keperluan asas seperti makanan, minuman dan alat komunikasi telah diberikan kepada mangsa yang terlibat menerusi bantuan pelbagai pihak termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan polis sejak malam tadi.

Menurut kenyataan tersebut, petugas bagi menyelaras keadaan turut ditempatkan bagi memastikan mangsa dalam keadaan stabil.

"Pihak JBPM dan agensi lain kini sedang memantau situasi semasa keadaan sungai dan menunggu keadaan air pulih untuk masuk ke tapak tersebut bagi mengeluarkan mangsa yang terjejas.

"Mangsa kejadian berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan di tempat penginapan yang terletak di lokasi selamat dan jauh daripada kawasan yang terjejas," katanya menerusi kenyataan tersebut pada Sabtu.

Terdahulu, insiden kepala air di Kampung Ulu Slim, Slim River semalam telah menyebabkan seramai 19 orang termasuk 6 kanak-kanak dan 2 bayi terperangkap semasa menginap dan berkhemah di tapak rekreasi Risda Eco Park.

Kejadian dipercayai berpunca daripada empangan pecah berhampiran Stesen Janakuasa Hidro Sungai Slim pada petang Jumaat yang turut menjejaskan beberapa kampung di sekitar kawasan Kampung Sungai Bil, Slim River.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, semua mangsa berada di chalet masing-masing dengan lokasi diduduki selamat dan jauh dari bahaya.

Artikel Berkaitan:

Sehingga malam tadi operasi mengeluarkan mangsa belum dapat dilakukan berikutan jambatan yang menghubungkan laluan ke tapak perkhemahan itu sejauh 800 meter telah runtuh akibat arus deras kepala air.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!