Angka kematian nahas bas di Nepal meningkat kepada 27 orang

Bas dalam perjalanan dari Pokhara di Nepal menuju ke ibu negara Kathmandu itu membawa 43 pelancong India sebelum terjatuh 150 meter ke dalam sungai Marsyangdi pada Jumaat.
Bas dalam perjalanan dari Pokhara di Nepal menuju ke ibu negara Kathmandu itu membawa 43 pelancong India sebelum terjatuh 150 meter ke dalam sungai Marsyangdi pada Jumaat.
A
A
A

NEW DELHI - Angka korban dalam nahas bas di Nepal meningkat kepada 27 orang manakala 16 penumpang yang cedera sedang menerima rawatan di hospital.

Kedutaan India dalam satu kenyataan memaklumkan bas itu dalam perjalanan dari Pokhara di Nepal menuju ke ibu negara Kathmandu dengan membawa 43 pelancong India sebelum terjatuh 150 meter ke dalam sungai Marsyangdi pada Jumaat.

Lokasi kemalangan terletak di Anbu Khaireni dalam daerah Tanahun, kira-kira 110 km dari Kathmandu.

Menurut laporan media tempatan Nepal yang memetik kenyataan polis, seramai 27 penumpang disahkan meninggal dunia.

Bulan lepas, kira-kira 60 orang terbunuh apabila bas dinaiki mereka dihanyutkan ke sungai susulan tanah runtuh di Nepal. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!