Mpox: JKNK ambil sampel di pintu masuk Malaysia-Thailand

JKNK menjalankan kerja-kerja pengambilan sampel di pintu-pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi mengekang penularan mpox atau cacar monyet. Gambar kecil: Dr Zaini
JKNK menjalankan kerja-kerja pengambilan sampel di pintu-pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi mengekang penularan mpox atau cacar monyet. Gambar kecil: Dr Zaini
A
A
A

TANAH MERAH - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menjalankan kerja-kerja pengambilan sampel di pintu-pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi mengekang penularan mpox atau cacar monyet.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes tersebut.

"Tapi kita telah mengadakan aktiviti pengambilan sampel di pintu-pintu masuk negara. Alhamdulillah setakat ini belum ada dikesan," katanya ketika sidang akhbar pada Sabtu.

Sebelum itu beliau hadir pada Karnival Promosi Kesihatan, Hari Terbuka Hospital Kluster Kelantan Barat dan Program Kelantan Sihat Peringkat Hospital Tanah Merah di sini yang dirasmikan oleh Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Helmi Abdullah.

Mengulas lanjut, Zaini berkata, JKNK juga memperketatkan pemeriksaan kesihatan di semua pintu masuk sempadan sebagaimana garis panduan yang telah dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) berkaitan dengan mpox.

Media tempatan melaporkan, KKM mengesahkan tiada kes baharu membabitkan mpox atau cacar monyet di Malaysia setakat ini, biarpun berlaku peningkatan jangkitan di rantau Afrika baru-baru ini.

KKM memaklumkan, jumlah keseluruhan mpox yang disahkan di negara ini kekal sembilan kes yang mana kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir pada November tahun sama.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!