Gangguan bekalan air di Sabak Bernam, Felda Gedangsa

Info grafik mengenai henti tugas LRA Sungai Bernam berikut kekeruhan air mentah tinggi akibat aliran kepala air di Sungai Bernam pada Sabtu.
Info grafik mengenai henti tugas LRA Sungai Bernam berikut kekeruhan air mentah tinggi akibat aliran kepala air di Sungai Bernam pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Bernam dihenti tugas berikutan insiden kekeruhan air mentah tinggi akibat aliran kepala air di Sungai Bernam pada Sabtu.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, akibat henti tugas itu, sebahagian besar kawasan di daerah Sabak Bernam dan Felda Gedangsa di Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

"Pengguna di sebahagian kawasan di wilayah Hulu Selangor dan Sabak Bernam akan mengalami gangguan bekalan air," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Air Selangor memberitahu,bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal.

Jelas kenyataan itu, Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada pengguna terjejas.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com.

Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat daripada saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!