Mpox: KKM perketat saringan kesihatan pengembara

Dzulkefly (tengah) ketika menghadiri majlis penyerahan tiga fasiliti kesihatan Terengganu yang diadakan di lobi Hospital Dungun pada Sabtu.
Dzulkefly (tengah) ketika menghadiri majlis penyerahan tiga fasiliti kesihatan Terengganu yang diadakan di lobi Hospital Dungun pada Sabtu.
A
A
A

DUNGUN - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengaktifkan bilik gerakan cacar monyet atau mpox di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) bagi memantau serta mengawal wabak tersebut daripada menular ke negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, saringan kesihatan di semua pintu masuk sempadan negara termasuk lapangan terbang diperketatkan selepas pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penyakit tersebut sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa.

Menurutnya, setakat ini seramai 1.8 juta pengembara telah menjalani proses saringan sejak bilik gerakan berkenaan diaktifkan bermula 16 hingga 22 Ogos lalu.

"Kita sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga berhubung penularan virus mpox ini dengan mengaktifkan bilik gerakan (CPRC) sejak 16 Ogos lalu bagi memantau situasi dalam dan luar negara.

"Setiap pengembara yang tiba akan melalui proses saringan kesihatan yang ketat bagi memastikan mereka bebas dan tidak memiliki gejala penyakit tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Hospital Dungun; Klinik Kesihatan Paya Datu, Kuala Terengganu dan Klinik Kesihatan Kota Putera, Besut dekat sini pada Sabtu.

Dzulkefly (dua dari kanan) melihat kemudahan kesihatan yang ada di Hospital Dungun sempena majlis penyerahan yang diadakan di hospital tersebut pada Sabtu.
Dzulkefly (dua dari kanan) melihat kemudahan kesihatan yang ada di Hospital Dungun sempena majlis penyerahan yang diadakan di hospital tersebut pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama, Dr Dzulkefly berkata, pihaknya turut menyediakan 13 makmal bagi mengesan jangkitan wabak tersebut di seluruh negara dalam melakukan ujian mengesan virus berbahaya itu.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, beberapa langkah lain turut diambil antaranya mengedarkan garis panduan kepada semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta bagi mengesan, merawat dan rujukan terhadap kes tersebut.

"Kita juga sentiasa meningkatkan secara berterusan kesedaran awam berhubung kes ini," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini tiada laporan diterima berhubung kes baharu membabitkan cacar monyet di Malaysia.

"Jumlah keseluruhan cacar monyet yang disahkan di negara ini kekal sembilan kes dan kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir ialah pada November tahun sama," katanya.

Sebelum ini, Thailand merekodkan kes pertama virus mpox di Asia selepas seorang lelaki Eropah disahkan positif virus berkenaan setelah tiba di Bangkok, minggu lalu.

Menurut Jabatan Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Awam, lelaki yang tiba dari Afrika itu disahkan positif varian clade Ib.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!